Saturday, November 12, 2022

CINTA TANPA SYARAT

🕊️Mencintai itu:

Memaafi tanpa tapi

Memberi tanpa untuk

Mengawasi tanpa bila

Menguati tanpa kerana

Memahami tanpa kalau

Mengganjari tanpa berapa

Menepati tanpa bagaimana

Melindungi tanpa mengapa 

Mempercayai tanpa di mana


Kemarahan sentiasa kan menguji ketabahan dirimu dalam mengakui dan membaiki kesalahan.

Perselisihan mengasah kekuatanmu untuk terus bertahan dan menerima segala kelemahan.

Kejauhan mendidikmu agar mengutuhkan kesetiaan tanpa keluhan dan memvariasikan bait-bait luahan.

@Bianglala Sukma

Sunday, November 6, 2022

RAMUAN ADUNAN SYAIR ASPIRASIKU "R.A.S.A"


Aksara mata tinta hasrat mengolah kata,

Lembaran fikrah minda luahan tak bertanda,

Bahasa sanubari suarakan ke mari,

Nostalgia yang lalu usah dibiar kelu,

Nasihat sang pendorong membuka denai lorong,

Puitis dan retorik bombastik nan melirik,

Lihat persekitaran rungkaikan kebenaran, 

Amati unsur alam fikir biar mendalam,

Fantasikan dimensi tinggi imaginasi,

Rasailah di atma rima bait irama,

Alirkanlah melodi di balik urat sendi,

Rai tatabahasa biar secukup rasa,

Kaya dengan tesaurus tepat makna terurus,

Emosilah penerang tiap rangkap dikarang,

Hindarilah berbalah kala kata diolah,

Sertakan tulus ikhlas kelak pasti terbalas,

Biarlah bermafaat baik mengundang taat,

Singkap beribu erti mencurah khidmat bakti,

Bakat perlu diasah pendengki tak dikisah,

Teruskanlah berkarya persis insan berjaya.

@Bianglala Sukma

Nantikan Detik Kelahirannya...

POLITIK ITU KOTOR?

"Politik itu suatu wadah perjuangan suci yang dicemari oleh nanah amarah, kulat khianat, plastik retorik, selut bergelut, sarap si koru...